Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.na] | تونا

Definisi : sl luka, cacat, rosak; tertuna 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana sesuatu yg tidak menyenangkan): banyak antara mereka yg ~ rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.na] | تونا

Definisi : sj ikan laut drpd famili Scombridae yg badannya agak bulat panjang dan muncungnya lancip, biasanya isinya ditinkan sbg bahan makanan, Thunnus thynnus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.na] | تونا

Definisi : , = ikan ~ nama sj ikan, Thunnus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuna


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALBACORE

Albacore lihat Tuna.

UMUM 
MACKEREL

Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang

boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna.

Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel

mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini

banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya

ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan

segar.

UMUM 
PERIKANAN

Perikanan ialah kawasan yang membekalkan

banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan

pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan

ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang

daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah,

hering, sardin dan tuna menyumbang kepada

sebahagian besar sumber perikanan dunia yang

terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan

pengurusan perikanan untuk memulihara ikan.

Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan

amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim

penangkapan ikan.

UMUM 
DIAH HADANING

DIAH HADANING, (1940-    ) penulis Indonesia. Dia lahir pada 4 Mei 1940 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sinaryu Indiah Hadaning, dan nama penanya yang lain ialah Diha. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Pekerjaan Sosial Atas, Semarang pada tahun 1960. Selepas itu, dia bekerja di Bahagian Bimbingan dan Penyuluhan Sosial, Kanwil Departemen Sosial, Semarang (1960-1965). Dari tahun 1962 hingga tahun 1963, dia mengajar di Sekolah Tuna Netra ‘Dristarastra’ cawangan Semarang.

SASTERATokoh

Kembali ke atas