ALBACORE | Albacore lihat Tuna. | UMUM | |
MACKEREL | Mackerel ialah nama beberapa spesies ikan yang boleh dimakan yang ada kaitannya dengan tuna. Semua jenis mackerel kuat berenang. Mackerel mempunyai isi yang gelap dan berminyak. Ikan ini banyak ditangkap untuk makanan. Kebanyakannya ditinkan dan yang lainnya dimakan sebagai ikan segar. | UMUM | |
PERIKANAN | Perikanan ialah kawasan yang membekalkan banyak ikan untuk tujuan komersial. Perikanan pedalaman termasuk tasik, sungai dan penternakan ikan. Kebanyakan tangkapan ikan di dunia datang daripada perikanan laut. Spesies kod, ikan sebelah, hering, sardin dan tuna menyumbang kepada sebahagian besar sumber perikanan dunia yang terpenting di dunia. Banyak negara mengamalkan pengurusan perikanan untuk memulihara ikan. Terdapat peraturan yang mengehadkan saiz dan amaun ikan yang boleh ditangkap, dan juga musim penangkapan ikan. | UMUM | |
DIAH HADANING | DIAH HADANING, (1940- ) penulis Indonesia. Dia lahir pada 4 Mei 1940 di Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sinaryu Indiah Hadaning, dan nama penanya yang lain ialah Diha. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Pekerjaan Sosial Atas, Semarang pada tahun 1960. Selepas itu, dia bekerja di Bahagian Bimbingan dan Penyuluhan Sosial, Kanwil Departemen Sosial, Semarang (1960-1965). Dari tahun 1962 hingga tahun 1963, dia mengajar di Sekolah Tuna Netra ‘Dristarastra’ cawangan Semarang. | SASTERA | Tokoh |