Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nas] | تونس

Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nas] | تونس

Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah,
     tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Bermaksud :

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HADIAH SASTERA TUNAS CIPTA

Hadiah Sastera Tunas Cipta (HSTC), hadiah dwitahunan yang diberikan kepada penulis yang berumur 16 hingga 25 tahun yang karya bermutu mereka tersiar dalam majalah Tunas Cipta.

SASTERAAnugerah/Hadiah
MEMANGKAS

Memangkas ialah memotong untuk membuang

bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan,

pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu

tumbuhan pulih daripada kejutan kerana

dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan

tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu

memperbaik kuantiti dan kualiti buah.

UMUM 
ANGOPHORAS

Angophoras ialah pokok Australia yang berkaitan

rapat dengan eucalypt. Tidak seperti eucalypt,

angophora tidak mempunyai operkulum (tutup

tunas).

UMUM 
YURA HALIM

YURA HALIM (1923-    ), penulis Negara Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 2 Mei 1923 di Kampung Kandang, Tutong, Brunei Darussalam.  Nama sebenarnya ialah Pengiran Setia Negara  Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim. Dia juga pernah menggunakan nama samaran Tunas Negara.

SASTERATokoh
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia “mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta”. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas