Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. tertunda terhenti; di­­tangguhkan. penundaan per­buatan atau hal menunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOT TUNDA

Bot tunda merupakan bot kecil berkuasa tinggi

yang mengendalikan kapal besar. Bot tunda

beroperasi di laut, sungai dan terusan, juga di selat

dan pelabuhan. Ia digerakkan oleh kuasa daripada

stim, diesel, atau enjin diesel-elektrik.

UMUM 
JURUSELAM

JURUSELAM,  ketua dan pakar dalam sesebuah unit penangkapan ikan di laut secara berkelompok.  Di pantai barat, dan bagi sesetengah bot besar yang menggunakan pukat jerut dan pukat tunda di pantai timur, perkataan ‘taikong’ digunakan sebagai ganti pada panggilan ‘juruselam’.  Ini bermakna perkataan ‘juruselam’ umumnya digunakan untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alatan tradisi, manakala ‘taikong’ sebagai seorang ketua adalah untuk unit penangkapan ikan yang menggunakan alat moden.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas