MUSHET, ROBERT FORESTER | Mushet, Robert Forester (1811–1891) ialah ahli kaji logam Inggeris. Pada tahun 1870, dia mempatenkan logam tungsten dan besi keluli yang mempunyai kualiti keras diri. Logam ini amat sesuai untuk dibuat alat mesin kerana ia mengekalkan tepi bucu pemotongan, walaupun berwarna merah kerana geseran. Mushet membantu memperbaik proses Bessemer untuk membuat besi keluli. Dia menemui bahawa logam aloi yang dikenal sebagai spiegeleisen boleh dicampurkan dengan keluli untuk membantu proses pengkarbonan semula besi keluli tersebut. Penemuan ini merintis jalan kepada pembaikan kekuatan besi keluli [lihat Besi dan keluli (Sejarah)]. Mushet lahir di Coleford, Gloucestershire. | UMUM | |
TAKAT LEBUR | Takat lebur ialah suhu apabila sesuatu bahan berubah daripada pepejal menjadi cecair. Takat lebur bahan yang berlainan agak berbeza-beza. Contohnya, tungsten mempunyai takat lebur yang sangat tinggi, 3410 ° C, tetapi hidrogen pepejal lebur pada suhu rendah, –259 ° C. | UMUM | |
DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |
RENIUM | Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia adalah logam nadir, mahal, berwarna putih keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi. Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi (campuran logam) tertentu. Ia kadangkala dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga digunakan untuk membuat filamen (dawai halus) untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul yang bercas. | UMUM | |