Monyet tupai ialah monyet kecil, berwarna cerah yang hidup dalam kumpulan yang besar. Kebanyakan kumpulan terdiri daripada 10 ekor hingga 50 ekor monyet, tetapi sesetengahnya mempunyai sehingga 500 ekor. Monyet tupai hidup di hutan di Amerika Tengah dan Amerika Selatan, dari Costa Rica hingga ke Bolivia. Ia bergerak pantas di atas pokok dan di tanah, mencari buah dan serangga untuk dimakan. Ia menggunakan ekor yang panjang sebagai pengimbang apabila berdiri atau melompat, tetapi bukan untuk berpaut. Kebanyakan monyet tupai membesar kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya dan beratnya kurang daripada satu kilogram. Monyet tupai kebanyakannya berwarna kuning atau kuning kehijauan. Belakangnya berwarna kelabu abu atau perang kemerahan dengan warna keemasan atau hijau buah zaitun. Leher, muka dan dadanya berwarna putih atau kuning cerah. Hidung dan bahagian mulutnya yang berbeza ketara dengan berwarna hitam bulu putih di sekeliling matanya. Lihat juga Hutan hujan tropika (gambar: Monyet tupai). |