Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tur.pen.tin] | تورڤنتين

Definisi : sj minyak (drpd damar sj pokok) utk membancuh cat dan varnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tur.pen.tin] | تورڤنتين

Definisi : /turpéntin/ minyak yg di­peroleh drpd damar sj pokok dan digunakan utk membancuh cat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turpentin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LILIN TERA

Lilin tera digunakan untuk menera dan

mengegam surat dan dokumen serta untuk

mendapatkan teraan daripada meterai (lihat

Meterai). Lilin ini boleh dibuat daripada rosin,

syelek, turpentin, magnesia, kapur, atau gipsum.

Lilin ini juga boleh digunakan untuk mengedap

botol dan balang.

UMUM 
STOR KAPAL

Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan,

istilah stor kapal merujuk kepada tar dan gala-gala.

Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini,

istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin,

gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan

beberapa pokok damar.

UMUM 
API YUNANI

Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala

dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh

air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani

Byzantine mula-mula menggunakannya dalam

peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah

satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur,

resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida

atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk

memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin.

Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai

serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu.

UMUM 

Kembali ke atas