Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menurun 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; menurunkan, memperturunkan 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuh­an naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tam-buhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturun­kan dgn ringkas cara-cara yg diguna­kan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tanda-tangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangan­nya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kera­jaan; turunan sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menurun 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. menurunkan 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 

Kembali ke atas