Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.run.te.mu.run] | تورون-تمورون

Definisi : drpd nenek moyang ber-pindah kpd anak cucu; ® turun I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.run.te.mu.run] | تورون-تمورون

Definisi : berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.run.te.mu.run] | تورون-تمورون

Definisi : berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata turun-temurun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENTAIL

Entail merupakan harta yang diwarisi secara

turun-temurun oleh waris tertentu sahaja,

dan bukannya oleh semua waris.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Adat perkahwinan Melayu ialah peraturan

turun-temurun perkahwinan yang diamalkan dalam

masyarakat Melayu. Terdapat beberapa proses adat

perkahwinan yang diamalkan seperti merisik,

meminang dan upacara perkahwinan .

UMUM 
ADAT

Adat ialah amalan atau cara melakukan sesuatu

yang telah diwarisi turun-temurun dari satu generasi

ke generasi berikutnya.

UMUM 
PUTERI JAMILANPUTERI JAMILAN,  gelaran yang dipusakai turun-temurun dan dipegang oleh bonda permaisuri Pagarruyung dan Suruasso di Minangkabau, Sumatera, Indonesia.  Melalui gelaran Puteri Jamilan inilah kedua-dua takhta kerajaan ini disahkan.  Gelaran Puteri Jamilan diwariskan daripada emak kepada anak perempuan yang sulung.    Berdasarkan sumber dari Eropah pada abad ke-17 dan ke-18, gelaran Puteri Jamilan menyamai gelaran “Bundo Kanduang’ (bonda kandung) dalam cerita Minangkabau yang terkenal iaitu Kaba Cindo Mato.  Kedua-duanya adalah bonda kepada raja Pararruyung dan status mereka adalah lebih tinggi daripada anak lelaki mereka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TEUKU PANGLIMA POLEM

TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud ‘Abang’. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago’ atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 
PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR

PANGERAN SYAHBANDAR SAHIBUL BANDAR, salah seorang ceteria dalam hierarki pemerintahan tradisi KesuItanan Brunei.  Di Brunei Darussalam, pembesar negeri di bawah Sultan dan Yang Di-Pertuan digelar wazir, ceteria dan menteri.  Dalam adat diraja Brunei yang menjadi warisan turun-temurun, terdapat empat orang wazir, 60 orang ceteria dan 60 orang menteri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan ‘anak-biak’ atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai ‘penjaga’ adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas