Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.su.kan]/[tu.su/.kan] | توسوقن

Definisi : 1. hasil atau akibat menusuk, tikaman: ia telah dijumpai terbunuh di antara batu-batu bukit Tragan kerana ~ pedang di rusuknya; ~ jarum-jarum halus ini sebenarnya tidak sakit; 2. hasutan: masakan orang tuanya mahu mendengar ~ Engku Baginda Mais! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.su.kan]/[tu.su/.kan] | توسوقن

Definisi : 1 hasil drpd menusuk; tikaman. 2 kata-kata dsb utk menusuk-nusuk; hasutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tusuk (kata nama)
Bersinonim dengan cucuk, pencucuk, pasak, baji, susuh, susuk, jarum, peniti, penyemak, pacak;,
Kata Terbitan : menusuk, menusukkan, tertusuk, tusukan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINDAKAN PANTULAN

Tindakan pantulan ialah pergerakan automatik

atau luar kawal yang dicetuskan oleh rangsangan

deria, seperti tusukan jarum pada kulit. Jika kita

tersentuh dapur panas, kita akan tersentak sebelum

kita sedar apa yang kita buat. Tindakan sebegini,

yang tidak dirancang atau diputuskan sebelumnya,

dikenali sebagai tindakan pantulan . Setiap pantulan

membabitkan rangsangan yang menyebabkan

gerak balas luar kawal. Dalam contoh di atas, dapur

panas itu ialah ransangannya dan tersentak itu

gerak balasnya.

UMUM 

Kembali ke atas