Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA

PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA, persatuan yang memperjuangkan bahasa, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu.  Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dikenali dengan singkatan P.B.M.U.M. dan ditubuhkan pada 29 Januari 1955.

BAHASAPersatuan
KHATIJAH SIDEK

KHATIJAH SIDEK (19181982), pemimpin dan pemidato wanita. Beliau lahir di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Khatijah binti Mohd. Sidek. Beliau memulakan alam persekolahan di HIS (Hollands Inlandsche School) dan menamatkan pengajian pada tahun 1931 sebelum menyambung pengajian di M.U.L.O. dan terpilih ke Menengah Tinggi (Jurusan Kedoktoran). Pada tahun 1931, beliau bersama-sama 30 orang rakannya dibuang sekolah akibat kegiatan politik dalam Persatuan Pelajar (IM) Indonesia Muda dalam (KBI) Kepanduan Bangsa Indonesia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
PERISTIWA TRENT

Peristiwa Trent ialah peristiwa tentera laut

pada tahun pertama Perang Saudara Amerika. Ia

hampir mengheret England dalam konflik di

Selatan. Pada musim luruh tahun 1861, dua orang

pegawai yang mewakili pihak Gabungan , James M.

Mason dan John Slidell belayar ke Eropah dengan

misi mendapatkan bantuan Perancis dan England

yang berkecuali agar membantu pihak Selatan.

Oleh sebab kapal-kapal pihak Utara mengepung

pelabuhan-pelabuhan Selatan, mereka terpaksa

menaiki kapal British, iaitu Trenc di Havana, Cuba .

Charles Wilkes, komander U.S.S. San Jacinto

menahan kapal British itu tanpa arahan untuk

berbuat demikian. Dia menangkap Mason dan

Slidell dan dibawa ke Boston, Massachusetts.

Tindakan ini mencabuli prinsip kebebasan di

lautan kerana England adalah negara berkecuali.

UMUM 
GUNUNG KINABALU

GUNUNG KINABALU, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini terletak di banjaran Crocker pada garis lintang 6 34’ U dan garis bujur  116 33’ T lebih kurang 90 km dari Kota Kinabalu, Sabah. Ketinggiannya menjangkau hingga 4101 m dari paras laut. Pada tahun 1964, Taman Kinabalu ditubuhkan merangkumi kawasan gunung dan sekitarnya seluas 76 700 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
GUA NIAH

GUA NIAH, salah sebuah gua yang terbesar di dunia. Gua Niah juga merupakan tapak arkeologi yang terkenal di Asia Tenggara kerana mempunyai bukti kewujudan manusia lebih kurang 40 000 tahun dahulu. Gua Niah terletak di kompleks batu kapur Niah-Subis, lebih kurang 50 km dari bandar Miri, Sarawak. Gua Niah berada pada ketinggian 48.9 m dari aras laut dengan garis tegak 3° 49’ 09’’ U dan garis bujur 113° 46 42’’ T. Gua Niah mempunyai enam pintu masuk utama, iaitu Kuala Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Lubang Bulan, Gan Kira dan Tahi Menimbun. Pintu Kuala Besar merupakan pintu terbesar sekali dengan kelebaran lebih kurang 244 m, ketinggian hingga 61 m dan lantai gua seluas 10.5 hektar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas