| DEADLY NIGHTSHADE | Deadly nightshade ialah tumbuhan rimbun yang menghasilkan beberapa ubat. Ubat yang paling penting didapati daripada tumbuhan ini ialah <I>atropinI>. Deadly nightshade berasal dari tenggara Eropah dan barat Asia. Kini ia didapati di seluruh Eropah dan hidup di tanah batu kapur atau tanah kapur. | UMUM | |
| SIKLOSPORIN | Siklosporin ialah sejenis ubat yang digunakan untuk menentang penolakan tubuh terhadap tisu atau organ yang dipindahkan. Ubat ini dihasilkan oleh kultur fungus, <i>Tolypocladium inflatumi>. Ahli imunologi Switzerland, Jean Borel telah menemui khasiat perubatan dalam siklosporin pada tahun 1972. Ubat ini telah terbukti berkesan dalam pembedahan pemindahan jantung, hati, pankreas, tulang sumsum, buah pinggang, dan juga paru-paru. Penggunaan siklosporin dapat menurunkan kekerapan berlakunya kerumitan dan kematian akibat pembedahan tersebut. | UMUM | |
| PUTUS UBAT | PUTUS UBAT, satu upacara yang diadakan sempena selesainya rawatan dan pengubatan yang diterima oleh seseorang bekas pesakit daripada bomoh. Upacara ini diadakan untuk mengelakkan bomoh dan juga pesakit daripada ditimpa perkara-perkara yang tidak diingini. Dipercayai bomoh yang bertanggungjawab memulihkan pesakit akan ditimpa penyakit yang sama jika upacara ini tidak diadakan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
| EFEDRINA | Efedrina ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit asma. Ubat ini diambil daripada akar pokok <I>Ephedra I>dari China. | UMUM | |
| RESERPINE | Reserpine ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat <i> hipertensi i> (keadaan tekanan darah tinggi) sederhana. Ubat ini diperbuat daripada sejenis tumbuhan belukar dikenali sebagai <i> Rauwolfia serpentina i> , yang tumbuh di India dan Asia Tenggara. Pati pokok ini telah pun digunakan sejak beberapa abad lamanya di tempat tersebut untuk merawat gangguan seperti hipertensi, insomnia, sakit mental dan terkena patukan ular berbisa. | UMUM | |
| LIGNOKAINA | Lignokaina ialah sejenis ubat untuk menahan rasa sakit di bahagian tubuh yang tertentu. Ubat seperti ini dinamakan anestetik setempat. Lignokaina digunakan di dalam pembedahan dan prosedur pergigian sebagai penyekat saraf bahagian. Ini bermakna, ia disuntik di sekeliling saraf yang mengawal deria rasa di bahagian tubuh yang tertentu. Lignokaina juga digunakan dalam salap dan semburan yang berpreskripsi ataupun yang tidak berpreskripsi sebagai bahan anestetik untuk kecederaan kulit yang kecil. Lignokaina digunakan juga untuk merawat denyutan jantung yang tidak normal. | UMUM | |
| ANTABUSE | Antabuse ialah nama dagang ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat alkoholisme yang kronik. Nama generik ubat ini ialah <i> disulfiram i> . Antabuse bukan penyembuh untuk alkoholisme. Ia dipreskripsikan untuk membantu mereka yang ingin berhenti meminum arak. | UMUM | |
| OPIAT | Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat daripada candu atau yang mengandungi candu. Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat- ubat ini bersifat <i> analgesia i> (penahan sakit). Doktor mempreskripsikannya terutamanya kepada orang yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk. | UMUM | |
| EMETIK TARTAR | Emetik tartar ialah persediaan ubat yang pernah digunakan untuk membolehkan seseorang itu muntah. Kini ubat ini digunakan untuk pesakit mengeluarkan kahak dan mukus. | UMUM | |
| TERAPI KELATION | Terapi kelation ialah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan ubat untuk menghilangkan ion logam daripada badan. Ubat jenis <i> chelate i> (bersebati kuat) dengan ion logam menjadikannya bahan terlarut yang dikeluarkan melalui air kencing. Penggunaan terapi kelation yang paling terkenal adalah di dalam merawat arteriosklerosis (pengerasan arteri). Walaupun begitu, penggunaan terapi kelation ini menjadi isu yang amat kontroversi. Terapi kelation terbukti berkesan dalam merawat beberapa keadaan agak luar biasa, termasuk keracunan oleh logam seperti raksa dan plumbum. | UMUM | |