Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau
pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia
digunakan secara meluas sebagai bahan untuk
ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.
Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok
pudina.
Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun,
berbau harum yang berasal dari kawasan
Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan
taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa
pahit yang menjadikannya perisa yang popular
dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat
antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak
daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair
pencuci mulut dan ubat batuk.
Opiat ialah sebarang ubat yang diperbuat
daripada candu atau yang mengandungi candu.
Candu ialah bahan seperti susu yang kering yang
diperoleh daripada kulit biji pokok popi opium
yang muda. Morfin dan kodeina ialah opiat yang
digunakan kerana ciri penyembuhannya. Ubat-
ubat ini bersifat analgesia (penahan sakit). Doktor
mempreskripsikannya terutamanya kepada orang
yang mengalami sakit teruk. Opiat digunakan juga
untuk mengawal batuk dan cirit-birit yang teruk.
Thanks for clicking. That felt good.