TEPUNG UBI KAYU | Tepung ubi kayu ialah kanji makanan yang banyak digunakan untuk membuat kuih. Ia diambil daripada akar ubi kayu, iaitu tumbuhan tropika dalam famili yang sama dengan <i> kacang jarak i> . Kuih yang dibuat daripada tepung ubi kayu adalah berkhasiat dan mudah dihadam. | UMUM | |
TUK PULAU UBI | TUK PULAU UBI (1881-1955), ulama. Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat. Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya. Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
REBANA UBI | REBANA UBI, sejenis rebana besar iaitu alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon. Alat ini berbunyi lantang dan dimainkan secara berkumpulan. Rebana ubi popular di kalangan masyarakat terutamanya di Kelantan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan <I>ubi I>(batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
TAPAI | Tapai, penganan yang dibuat daripada beras pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja, tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais krim. | UMUM | |
MANGELWURZEL | Mangelwurzel adalah pelbagai jenis bit yang berkait rapat dengan gula bit dan ubi pokok bit. Ia kadangkala dikenali sebagai <I>mangold I>atau <I>bit I> <I>ladang I>yang banyak ditanam di Eropah dan Kanada. | UMUM | |
KELADI | Keladi ialah tanaman makanan yang utama di kebanyakan negara tropika. Bahagian yang boleh dimakan pada tanaman keladi ini ialah <I>ubinyaI>. Bahagian yang membesar daripada batang pokok ini hidup di dalam tanah dan menyimpan makanan untuk tanaman itu. Ubi tersebut mengandungi banyak kanji dan air, dan sedikit gula. Sesetengah ubi mengandungi racun yang boleh menyebabkan penyakit jika ia tidak dimusnahkan semasa memasak. Ubi sesetengah keladi jenis liar menghasilkan sebatian yang disebut <I>saponin I>yang boleh digunakan untuk membuat kortison dan jenis dadah tertentu yang lain. | UMUM | |
SIKLAMEN | Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan yang menarik yang tumbuh liar di kawasan Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam dalam pasu. Ia tumbuh daripada <i>ubi i>(batang bawah tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk kacang dan mempunyai <i>petiol i>(tangkai daun) yang panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga 6.5 sentimeter. | UMUM | |
KEREPEK | KEREPEK, makanan ringan yang biasanya diperbuat daripada ubi kayu atau pisang muda yang dihiris nipis dan digoreng. | BUDAYA | Makanan |
BINGKA | BINGKA, sejenis kuih yang dibakar. Bingka atau bengkang biasanya diperbuat daripada campuran tepung, santan, gula pasir dan bahan lain seperti pisang, jagung dan labu. Ada juga bingka yang diperbuat daripada roti, ubi kayu dan kentang yang tidak menggunakan tepung. Ada pembuat bingka yang menggantikan santan dengan susu, gula pasir dengan gula merah atau gula melaka. | BUDAYA | Makanan |