DOKTRIN MONROE | Doktrin Monroe, dilancarkan oleh Presiden James Monroe dalam satu ucapannya di Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Doktrin ini menjamin semua negara yang merdeka di Hemisfera Barat daripada campur tangan negara Eropah sama ada “untuk tujuan menindas mereka atau mengawal kehidupan mereka dengan apa cara sekalipun.” | UMUM | |
NAIDU, SAROJINI | Naidu, Sarojini (1879–1949) ialah pemimpin pergerakan wanita India. Dia dikenali sebagai “Nightingale of India”, kerana puisi dan ucapannya. Naidu memainkan peranan penting dalam perjuangan India untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British. | UMUM | |
PATTON, GEORGE SMITH, JR. | Patton, George Smith, Jr. (1885–1945) ialah salah seorang jeneral Amerika yang paling cemerlang semasa Perang Dunia II (1939–1945). Peribadinya yang tahan lasak dan ucapannya yang keras menyebabkan dia mendapat gelaran “Old Blood and Guts” (Darah Tua dan Gagah). | UMUM | |
WAWASAN 2020 | WAWASAN 2020, wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri maju menurut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 dicetuskan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapannya yang bertajuk “Malaysia Melangkah Ke Hadapan” yang dibentangkan dalam sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |