Aisyah bint Abu Bakar (8 S.H.–50 H./614–670 M.), isteri Rasulullah SAW dan merupakan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith. Dia lahir di Makkah al-Mukarramah. Rasulullah SAW telah mengahwininya dan Sa’udah bint Zam‘ah pada tahun yang sama, tetapi Sa’udah terlebih dahulu bersama Rasulullah berbanding dengan Aisyah kerana usianya yang masih muda. Dia bersama Rasulullah SAW pada tahun ke-2 H., iaitu ketika berusia sembilan tahun. Dia berkahwin ketika masih anak dara tetapi tidak melahirkan anak untuk Rasulullah SAW. |