BURUNG RAJA UDANG | Burung raja udang ialah nama satu famili burung yang mempunyai kepala besar dan paruh panjang, kuat, dan tajam. Terdapat lebih kurang 85 spesies burung raja udang. Kebanyakannya mempunyai jambul di atas kepalanya. | UMUM | |
KRUSTASEA | Krustasea ialah haiwan invertebrat yang mempunyai banyak kaki bersendi. Krustasea tidak bertulang. Cangkerang yang dikenali sebagai rangka luar meliputi badannya. Ketam, udang krai, udang kara, dan udang geragau ialah krustasea, seperti juga teritip, pinjal air, dan kutu kayu. | UMUM | |
ABDUL WAHID OTHMAN | ABDUL WAHID OTHMAN (1910-1990), ulama. Dia lahir di Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka. Dia kenali juga dengan panggilan Lebai Wahid Sungai Udang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang “penyepit” yang tegap. | UMUM | |
MARON | Maron ialah sejenis udang krai air tawar yang terbesar di dunia. Maron terdapat di barat daya Australia. | UMUM | |
KRIL | Kril ialah haiwan kecil bak udang yang hidup di lautan di seluruh dunia. Terdapat lebih daripada 90 spesies kril. Ia berbeza-beza panjangnya dari kira-kira 10 hingga 150 milimeter. | UMUM | |
ARTROPOD | Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara kumpulan artropod yang terpenting adalah: (1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah, rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea, termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam, udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid, termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking; (4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang terbesar dari segi bilangan spesiesnya. | UMUM | |
SESUNGUT | Sesungut ialah organ deria yang panjang, mudah rosak di kepala hampir semua serangga dan kebanyakan artropod (lihat Artropod ). Serangga, lipan, dan sepah bulan mempunyai sepasang sesungut. Krustasea, seperti udang kara dan ketam, mempunyai dua pasang sesungut. Labah-labah dan saudaranya tidak mempunyai sesungut. | UMUM | |
NEWFOUNDLAND | Newfoundland (pend. 568 474) merupakan provinsi Kanada yang paling baru. Provinsi ini termasuklah pulau Newfoundland dan pantai Labrador , sebahagian daripada tanah besar Kanada. Newfoundland menjadi sebuah provinsi Kanada pada tahun 1949. St. John merupakan ibu provinsi dan bandar yang terbesar di Newfoundland . Bandar yang sibuk ini adalah antara komuniti yang tertua di Amerika Utara. Ketam, udang karang dan kekapis hidup di sepanjang pantai Newfoundland. | UMUM | |
SKIMMER | Skimmer, juga dikenali sebagai scissorbill, ialah burung yang berkaitan dengan burung camar dan tern. Nama skimmer diberi kepada burung ini kerana tabiatnya melayap dengan pantas di permukaan air. Semasa melayap paruhnya terbuka dan bahagian bawahnya berada di bawah permukaan air, menyuap serangga, ikan kecil, udang serangan, dan lain-lain haiwan kecil. Nama scissorbill berasal daripada paruhnya yang nipis bak pisau cukur yang bahagian bawahnya lebih panjang daripada bahagian atas. Burung ini menyengetkan badannya semasa terbang, untuk mengelakkan sayapnya tersentuh air. | UMUM | |