Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini, betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan penghujung garisan ladung yang kita bayangkan tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90° darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit. |