AMERIKA BRITISH | Amerika British, merujuk kepada bahagian utara dan selatan Amerika yang mempunyai hubungan politik dengan United Kingdom (UK). Sesetengahnya ialah negeri naungan UK, seperti Anguilla, Bermuda, Kepulauan Virgin British, Pulau Cayman, Kepulauan Falkland, Montserrat, dan Kepulauan Turks dan Caicos. Banyak negara merdeka yang menjadi sebahagian daripada Amerika British. Negara-negara seperti ini termasuklah Antigua dan Barbuda, Bahamas, Barbados, Belize, Kanada, Dominica, Grenada, Guyana, Jamaica, St. Christopher dan Nevis; St. Lucia, St. Vincent dan Grenadines, dan Trinidad dan Tobago. Kebanyakan unit politik Amerika British ialah anggota Negara-negara Komanwel. | UMUM | |
MACDONALD, JAMES RAMSAY | MacDonald, James Ramsay (1866–1937), pemimpin kerajaan pertama Parti Buruh di United Kingdom (UK). Dia berkhidmat sebagai perdana menteri bagi Parti Buruh UK yang pertama pada tahun 1924 dan dari tahun 1929 hingga 1935. MacDonald ialah setiausaha Parti Buruh dari awal penubuhan parti tersebut pada tahun 1900 hingga tahun 1912. | UMUM | |
KERAJAAN SENDIRI DI UNITED KINGDOM (UK) | | UMUM | |
MONTSERRAT | Montserrat ialah wilayah tanggungan United Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara, dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di pesisiran pantai barat. | UMUM | |
PERANG ANGLO-ZULU | Perang Anglo-Zulu berlaku di Afrika Selatan pada tahun 1879. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju bahawa United Kingdom (UK), yang juga dikenali sebagai Britain, memulakan peperangan itu untuk menamatkan kemerdekaan orang Zulu (lihat Zulu ). Lord Carnarvon, setiausaha tanah jajahan British, ingin memusnahkan kuasa Zulu supaya UK boleh menggabungkan negeri-negeri Afrika Selatan yang terpisah-pisah itu ke dalam persekutuan yang kuat. | UMUM | |
PERJANJIAN GHENT | Perjanjian Ghent menamatkan peperangan antara United Kingdom (UK) dengan Amerika Syarikat pada tahun 1812. Kedua-dua buah negara tersebut menandatangani perjanjian ini di Ghent, Belgium pada 24 Disember 1814 dan mengesahkannya pada 17 Februari 1815. Perunding dari Amerika ialah John Quincy Adams, James A. Bayard, Henry Clay, Jonathan Russell dan Albert Gallatin . Wakil United Kingdom terdiri daripada Sir James Gambier, Henry Goulburn dan William Adams . Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang mencetuskan peperangan. Perjanjian itu hanya dapat mengembalikan semula suasana aman. Perjanjian itu tidak pun menyebut bahawa pelaut Amerika dipaksa berkhidmat dalam kapal United Kingdom. Perkara ini tidak dimasukkan kerana tidak begitu mustahak. Tiada sebab bagi orang Inggeris untuk melaksanakan perkara ini selepas kekalahan Napoleon pada tahun 1815. | UMUM | |
EDWARD VIII | Edward VIII (1894–1972), menjadi raja United Kingdom (UK) pada 20 Januari, 1936, dan turun takhta pada 11 Disember pada tahun yang sama. | UMUM | |
MELBOURNE, VISCOUNT | Melbourne, Viscount (1779–1848), William Lamb, ialah Perdana Menteri United Kingdom (UK) semasa Ratu Victoria menaiki takhta pada tahun 1837. Dia menjadi penasihat sulit ratu yang muda itu dan mengajarnya tentang politik British serta perlembagaan. Latihannya itu banyak menolong membentuk watak Victoria sebagai ratu. | UMUM | |
SMITH | Smith ialah nama keluarga dua bersaudara Australia yang membuat penerbangan pertama antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama James Bennett dan Wallace Shiers, menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28 hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria kerana kejayaan mereka. | UMUM | |
PERANG ANGLO-BOER | Perang Anglo-Boer ialah dua peperangan yang berlaku di Afrika Selatan antara United Kingdom (UK) dengan orang Boer, terutamanya orang yang berketurunan Belanda. Perang Anglo-Boer Pertama, atau Perang Transvaal, berlangsung dari tahun 1880 hingga tahun 1881. Perang Anglo-Boer Kedua, atau Perang Afrika Selatan, berlaku antara tahun 1899 hingga tahun 1902. Peperangan ini biasanya dikenali sebagai Perang Boer di United Kingdom. | UMUM | |