Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. |