Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.kur] | اوکور

Definisi : 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg diguna-kan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan, patut; ~ alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~ tanah menyukat tanah (utk menentukan atau menge-tahui panjangnya, luasnya, dsb); tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak menentu; seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya; ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita; ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat; 2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.kur] | اوکور

Definisi : (pd kata majmuk bererti) alat yg digunakan utk menyukat sesuatu: ilmu ~ ilmu ttg cara atau kaedah menyukat luas (lebar dsb) tanah, kawasan dll. ~ celup alat utk menyukat banyak tidaknya sesuatu cecair (dgn mencelupkannya ke dlm cecair tsb). ~ lilit sukatan lilit sesuatu rajah. mengukur 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. ukuran 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. berukuran mempunyai ukuran. pengukuran perbuatan atau hal mengukur. pengukur 1 orang yg kerjanya mengukur; tukang sukat. 2 alat (spt kayu pembaris) yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Puisi
 

Pisau pengukur dara randa,
     Kupas nanas di atas geta;
Sudah ukur dengan kakanda,
     Macam emas dengan permata.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ukur mata dengan telinga.

Bermaksud :

Menurut penglihatan dan pendengaran.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEJA UKUR

Meja ukur,  alat yang digunakan untuk menjalankan kerja ukur secara grafik khususnya bagi menghasilkan pelan atau peta.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
KERJA UKUR UMUM 
ELIPSOMETERAlat ukur yang menggunakan teknik optik.FIZIKAlat/Alatan
RANTAI

Rantai ialah istilah untuk satu unit ukuran dalam

kerja ukur, dan bagi alat pengukur itu sendiri.

UMUM 
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 
KWAJALEIN

Kwajalein (pend. 6624) adalah satu daripada atol

(lingkaran pulau karang) yang terbesar di dunia. Ia

terletak di Kepulauan Marshall di tengah Lautan

Pasifik. Kwajalein mempunyai lebih daripada 90

pulau, dengan keluasan tanah berjumlah lebih

kurang 16 kilometer persegi. Ukur lilitnya ialah

306 kilometer, dan ia melingkari lagun yang

mempunyai keluasan lebih kurang 2175 kilometer

persegi. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik

(peta).

UMUM 

Kembali ke atas