TIMBANGAN DAN UKURAN | Timbangan dan ukuran ialah piawai yang digunakan untuk mencari saiz benda. Sistem ukuran yang terawal berdasarkan pada unit seperti kaki dan hasta (panjang lengan bawah manusia) yang mudah digunakan, atau berdasarkan pada berat logam berharga. Sistem ini telah digantikan dengan sistem metrik, yang dicipta di Perancis pada tahun 1790-an, berdasarkan pada meter, gram atau kilogram, dan saat. | UMUM | |
KAKI LILIN | Kaki lilin ialah unit ukuran pencahayaan, iaitu jumlah cahaya yang menerangi sesuatu objek. Kaki lilin ini ialah sebahagian dari sistem ukuran lazim atau sistem ukuran Inggeris. | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
KABEL | Kabel ialah unit ukuran nautika. Ia biasanya dikenali sebagai panjang kabel kerana pada masa dahulu, ia merupakan anggaran ukuran panjang kapal atau rantai sauh. | UMUM | |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
MIKROMETER | Mikrometer ialah sejenis peranti mekanikal yang mengukur jarak atau sudut yang kecil. Istilah mikrometer berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ukuran kecil. Mikrometer digunakan untuk ukuran tepat. Pelbagai jenis peralatan kejuruteraan dan saintifik dilengkapi mikrometer, termasuk teleskop, mikroskop dan perkakas kaji selidik. | UMUM | |
BIRO TIMBANG DAN UKURAN ANTARABANGSA | | UMUM | |
SFEROID | Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya. | UMUM | |
ENTALPI | Ukuran haba yang terkandung dalam sesuatu sistem kimia atau fizik. | FIZIK | Kaedah |
SENTIMETER | Sentimeter ialah ukuran panjang dalam sistem pengukuran metrik. Simbol untuk sentimeter ialah cm . Satu sentimeter bersamaan satu per seratus meter. Satu sentimeter bersamaan dengan 0.3937 inci. Untuk mengubah sentimeter kepada inci, darabkan dengan 0.3937. Lihat juga Sistem metrik. | UMUM | |