SAMBAL | SAMBAL, makanan pembuka selera yang diperbuat daripada cili. Terdapat banyak jenis sambal, ada yang dimasak dan ada yang disediakan secara mentah. Sambal yang dimasak seperti sambal tumis, sambal sate, sambal ketupat, sambal lumat dan sambal goreng boleh disimpan berhari-hari. Sambal mentah seperti sambal belacan, sambal kelapa dan sambal tempoyak adalah makanan pembuka selera yang mengiringi makanan lain seperti ulam-ulam, ikan bakar dan ikan goreng. | BUDAYA | Makanan |
ULAM | ULAM, daun-daun dan buah-buahan yang dimakan mentah bersama-sama nasi dan sambal belacan. Di Indonesia, ulam disebut ‘lalap’. Daun-daun yang dimakan sebagai ulam seperti ulam raja, pegaga, daun salam, aring-aring dan kaduk. Pucuk betik, bebuas, gajus, putat dan kedondong juga boleh dijadikan ulam. Ulam jenis sayur ada yang dimakan mentah seperti timun, kubis, kacang panjang, kacang botol, cili dan buah-buahan seperti petai, jering, kerdas dan ada yang direbus seperti peria dan terung. | BUDAYA | Makanan |
BEBUAS | Bebuas ialah tumbuhan renek yang sesuai ditanam sebagai pokok pagaran atau untuk dimakan daunnya sebagai ulam. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
LAKSA | LAKSA, mi kasar yang diperbuat daripada tepung beras. Laksa yang dicelur, dimakan bersama-sama hirisan timun, ulam, cili, bawang besar dan kuah. Kuah laksa diperbuat daripada isi ikan dan dimasak asam atau lemak | BUDAYA | Konsep |