| RITMA | Ritma ialah ulangan tetap pada rentak, aksen, atau turun naik dalam tarian, muzik, dan bahasa. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani rhythmos , bermakna pergerakan berukur . | UMUM | |
| KEGAGAPAN | Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat ulangan bunyi atau suku kata dengan cara mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap apabila tidak ada bunyi dikeluarkan. | UMUM | |
| RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
| SCARLATTI, DOMENICO | Scarlatti, Domenico (1685–1757), penggubah Itali. Dia menjadi masyhur kerana sonatanya untuk alat keyboard awal yang dikenali sebagai hapsikord. Scarlatti menggubah hampir 550 sonata hapsikord. Dia juga menulis opera, kantata, konserto, dan fiug. Scarlatti sangat mempengaruhi permainan keyboard yang terkemudian. Gubahannya mungkin yang pertama memenuhi teknik yang masih digunakan kini. Teknik ini termasuk penyilangan tangan dengan kerap, arpeggio (turutan pantas not dalam kord), dan ulangan not dengan cepat. | UMUM | |