PATUKAN ULAR | Patukan ular. Biasanya ular ialah haiwan pemalu dan hanya mematuk manusia jika diganggu atau terpijak. Oleh itu, kebanyakan patukan ular adalah pada kaki atau betis, dan tidak banyak pada lengan atau tangan. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
ADDER | Adder ialah nama yang diberi kepada beberapa spesies ular di banyak tempat di dunia. Sesetengah ular ini berbisa dan sesetengahnya tidak. <I>Ular kapak I> Eropah biasanya dinamakan adder di United Kingdom. Ia ialah satu-satunya ular berbisa di negara itu. <I>Puff adder I>di Afrika ialah ular besar membawa maut yang badannya bercorak. | UMUM | |
MAMBA | Mamba ialah nama tiga spesies ular yang sangat berbisa, yang terdapat di bahagian tengah dan
selatan Afrika. Mamba berkait rapat dengan ular tedung, tetapi tidak mempunyai hud sebagaimana
ular tedung (lihat Ular tedung). | UMUM | |
TAIPAN | Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia boleh membesar lebih daripada tiga meter panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat, dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur. Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil. Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili Elapidae. Ia adalah <i> Oxyuranus scutellatus i> . | UMUM | |
AKAR ULAR | Akar ular ialah nama beberapa tumbuhan berbunga yang sangat berbeza, yang tumbuh di kawasan Prairi dan hutan jarang Amerika Utara. | UMUM | Umum |
ANACONDA | Anaconda ialah nama dua jenis ular besar yang ditemui di Amerika Selatan yang beriklim tropika. Anaconda juga dinamakan ular boa air. Satu jenisnya boleh membesar sepanjang sembilan meter atau lebih. Tetapi semua anaconda dewasa berukuran lebih daripada 4.5 meter panjang. Tidak ada ular yang terdapat di Amerika Selatan yang mencapai ukuran sepanjang itu. | UMUM | |
DUGITE | Dugite ialah ular berbisa yang besar berasal dari barat daya Australia. Ia ialah ular berbahaya yang paling biasa terdapat di sekitar Perth. | UMUM | |
MOKASIN AIR | Mokasin air ialah ular berbisa yang hidup di tenggara Amerika Syarikat. Ia juga dinamakan <i>ulari> <i> mokasin i> dan <i>cottonmouthi>. | UMUM | |
BUSHMASTER | Bushmaster ialah ular besar berbisa yang terdapat di Amerika Tengah, iaitu kawasan tropika di Amerika Selatan, dan Trinidad. Ular ini boleh membesar sehingga 3.5 meter panjang. | UMUM | |