PENTADBIRAN ISLAM DI MALAYSIA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENTADBIRAN Islam DI Malaysia, pengurusan hal ehwal yang berhubung dengan agama Islam yang meliputi bidang akidah, ibadah, pendidikan agama, undang-undang keluarga, kepimpinan agama, dakwah dan akhlak umat Islam di negara ini. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
MA'AL HIJRAH | MA’AL HIJRAH, perayaan yang disambut oleh umat Islam sempena memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah s.a.w. bersama-sama para sahabatnya ke Yathrib atau yang dikenal sebagai al-Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya). Di Malaysia, perayaan ini disambut setiap tahun dan mula dijadikan acara rasmi negara pada 1 Muharam 1407 bersamaan 5 September 1986. Perayaan ini disambut pada peringkat pusat dan negeri. | BUDAYA | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |