Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[umbi] | اومبي

Definisi : 1. sj akar yg menjadi gemuk dan berisi (keledek, kemili, dll); 2. perdu batang yg menjadi gemuk dan berisi (keladi, talas); 3. pangkal pokok yg berdaun tunggal (spt pokok kelapa, pisang, dll); 4. = akar ~ akar drpd batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah, akar tunjang; 5. bahagian yg tertanam (tiang, pancang, dll); 6. ki punca atau asal drpd sesuatu, asal, mula, pokok, pusat: semua ini, jika kita berbalik kpd ~ dan niat, adalah bertolak drpd kekosongan iman dlm diri; umbi-umbian segala jenis umbi (keladi dll); berumbi ada umbinya, berisi; berurat ~ sudah terlalu mendalam dlm hati (perasaan dll), sudah kukuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : ; umbuk-~ ark berbagai bujukan dan belai; ® umbuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[umbi] | اومبي

Definisi : 1 akar yg menjadi besar dan berisi (spt keledek). 2 pangkal batang yg menjadi besar dan berisi (spt keladi). 3 pangkal batang pohon berdaun tunggal atau monokotiledon (spt kelapa, pisang). 4 = akar ~ akar dr batang yg terus masuk lurus ke dlm tanah; akar tunjang. berumbi ada umbinya; berisi. berurat ~ ki sudah mendalam benar (bkn sesuatu perasaan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umbi (kata nama)
1. Bersinonim dengan isi: akar, perdu batang, pangkal pokok,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan punca, asal, mula, pokok, pusat, pangkal, akar, pongkol,

Kata Terbitan : berumbi,

Puisi
 

Manis sungguh tebu seberang,
     Manis di umbi sampai ke hujung;
Manis sungguh adik seorang,
     Manis di pipi sampai ke hidung.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MITOS

MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya.  Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif.  Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak.  Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan.  Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut.

SASTERAKepercayaan
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas