Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MA‘UN

Surah al-Ma‘un ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-107 mengikut susunan

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

tujuh ayat. Surah ini dinamakan al-Ma‘un

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit

pertolongan (kepada orang yang berhak

mendapatkannya”.

(Surah al-Ma‘un 107:7)

UMUM 
MALLARMÉ STÉPHANE

Mallarmé Stéphane (1842–1898) ialah penyair

(pemuisi) dan pengkritik Perancis yang lahir di

Paris. Dia terkenal dengan sajak khayalannya

L’Aprés-midi d’un faune (Petang Seorang Dewa

1876). Selain pertemuan mingguan dengan

sekumpulan penyajak dan artis Eropah di Paris,

Mallarmé hidup terasing daripada masyarakat.

Mallarmé menganggap masyarakat bermusuhan

dengan nilai penyair.

UMUM 
MARIYAH AL-QIBTIYYAHMariyah al-Qibtiyyah, ( ?–17 H./ ?–637 M.)

ialah isteri Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah

Mariyah bint Sham’un. Dia lahir di kampung Hirn,

Mesir.

UMUM 
SAWDAH BINT ZAM'AH

Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah

salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w.

Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan

bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah

berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas

suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang

Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru.

Kemudian mereka pulang ke Makkah dan

setibanya di sana, suaminya meninggal dunia.

Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum

Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint

Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu

isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan

kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang

Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w.

pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan

menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah

menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk

kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak

bersama-sama para isteri Baginda yang lain.

Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang

menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan

kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal

dunia di Madinah.

Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.

UMUM 
WING KARDJOWING KARDJO (1937-    ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 23 April 1937 di Garut, Jawa Barat, Indonesia.  Dia pernah menggunakan nama Kardjo Wangsaatmadja dalam karyanya. Dia mempunyai pendidikan B-1 Bahasa Perancis di Jakarta (1959), Diploma  de Litterature Francaise dari Universiti Sorbonne, Paris (1965), dan tamat Jurusan Sastera Perancis Fakultas Sastera Universitas Panjadjaran, Bandung (1973).  Pada tahun 1981, dia meraih gelaran Doktor dari Universiti Paris VII, Perancis, dengan  disertai yang berjudul Sitor Situmorang: a vie et I’oeuvre d’un poete Indonesien (Sitor Stumorang: Kehidupan dan Karya Seorang Penyair Indonesia).SASTERATokoh
NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL-

Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./

1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat

tegas dalam menegakkan perkara makruf dan

mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya

ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf

al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan

keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia

mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan

Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy

sangat terkenal dalam penterjemahan rencana

dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah

salah seorang muridnya yang telah membilang

karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya-

karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al-

Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi

al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin,

sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al-

Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al-

Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi

Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain.

UMUM 

Kembali ke atas