| STOWE, HARRIET BEECHER | Stowe, Harriet Beecher (1811–1896) ialah penulis wanita Amerika yang dikenangi terutamanya kerana novel anti perhambaannya, Uncle Tom’s Cabin (1851–1852). Buku itu amat berjaya di Amerika Syarikat dan juga di luar negeri, dan beberapa wataknya, termasuk Uncle Tom, Little Eva, Topsy, dan Simon Legree, menjadi masyhur. | UMUM | |
| RICHARDSON, SIR RAPLH | Richardson, Sir Raplh (1902–1983), terkenal di arena antarabangsa dengan persembahannya dalam beberapa peranan filem dan pentas. Dia menerima sanjungan di bidang pementasan bagi peranannya dalam Peer Gynt karya Ibsen, Cyrano de Bergerac oleh Rostand , dan Uncle Vanya karya Chekov, bagi peranannya sebagai Bluntschli dalam Arms and the man oleh Bernand, dan banyak lagi watak Shakespeare. Filem-filemnya ialah Anna Kerenina, The Fallen Idol, The Heiress, dan Lady Caroline Lamb . | UMUM | |