UNDANG-UNDANG JENAYAH | Konsep undang-undang jenayah. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | Undang-undang pentadbiran negeri-negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
KECUAIAN | Kecuaian ialah istilah undang-undang di bawah sistem undang-undang Inggeris dan sistem yang berasaskannya. Undang-undang menggunakan kecuaian sebagai ujian untuk menentukan sama ada seseorang yang terlibat dalam kemalangan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kecederaan yang berlaku semasa kemalangan. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN | UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN, salah satu undang-undang dalam apa yang umumnya dikenal sebagai adat temenggung. Undang-undang ini dikenal juga sebagai Undang-Undang Perak. Undang-undang ini disusun pada abad ke-18 oleh Sayid Husain al-Faradz dan Hadramaut dan digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi menteri di Perak selama beberapa generasi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU, undang-undang yang dipakai di negeri Terengganu sejak tahun 1911. Undang-undang ini dibuat pada 2 November 1911 ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Undang-undang ini juga dikenal sebagai Perlembagaan Negeri Terengganu 1911. Ia adalah satu-satunya undang tertinggi yang terpakai di seluruh kerajaan Terengganu dalam hal yang berkaitan dengan kesultanan dan kedaulatan, pentadbiran dan pengurusan negeri berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
UNDANG-UNDANG DASAR 1945 | UNDANG-UNDANG DASAR 1945, undang-undang dasar yang diperakukan di negara Indonesia. Undang-undang dasar ini disahkan pada 18 Ogos 1945 oleh suatu badan yang disebut Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang anggotanya diwakili oleh semua golongan di Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM | ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM, undang-undang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuat kuasa di setiap negeri di Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Di kedua-dua wilayah ini, undang-undang ini dikenal sebagai Akta Pentadbiran Hukum Islam kerana diluluskan oleh Parlimen. | BUDAYA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State). Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri. Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |