| RESOLUSI KUASA PERANG | Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang- undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada 90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan presiden itu atau mengisytiharkan perang. | UMUM | |
| DAHAGI | Dahagi ialah satu cubaan yang menyalahi undang-undang oleh kakitangan tentera untuk merampas atau mengetepikan kuasa tentera. | UMUM | |
| AKTA ANGKATAN TENTERA 1972 | Akta Angkatan Tentera 1972, undang-undang bertulis utama yang mengawal selia pengurusan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Akta ini mengawal dari segi penubuhan, pentadbiran dan disiplin. | UNDANG-UNDANG | Akta |
| REVOLUSI GEMILANG | Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688 bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di England dan melantik William III dan Mary II sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman Katolik daripada menaiki takhta dan melarang seseorang raja daripada menangguh undang-undang, mengekalkan angkatan tentera ketika aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan Parlimen. | UMUM | |
| STAMP ACT | Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menyokong tentera British yang berpangkalan di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen minuman keras, lesen undang-undang, bermain terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan mereka. | UMUM | |
| NASH, BEAU | Nash, Beau (1674–1762) ialah peraga Inggeris yang terkenal dengan pakaiannya yang menarik dan gayanya yang anggun. Pada tahun 1704, dia menjadi pengacara majlis di Bath. Banyak bangunan dan jalan yang cantik di Bath, serta kejayaannya sebagai tempat peranginan adalah berpunca daripada pengaruh Nash. Nash lahir di Swansea dan diberi nama Richard Nash. Dia menuntut di Oxford University dan kemudian belajar undang-undang di Temple, London. Dia menjadi pegawai tentera dan juga seorang kaki judi. | UMUM | |
| PETITION OF RIGHT | Petition of Right ialah satu dokumen yang ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan- tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa persetujuan Parlimen, menempatkan anggota tentera di rumah persendirian, menubuhkan kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan cara yang tidak sah di sisi undang-undang. | UMUM | |