DEWAN UNDANGAN NEGERI | Dewan Undangan Negeri, badan yang menggubal dan meluluskan rang undang-undang berkaitan dengan perkara yang disebutkan dalam senarai (bidang kuasa) negeri dalam perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA | MAJLIS UNDANGAN BORNEO UTARA, badan perwakilan golongan pemodal Eropah dan Asia semasa pentadbiran British. Majlis ini dibentuk pada tahun 1912 bagi menggantikan Majlis Penasihat (1883–1909), yang bertujuan membantu pentadbiran kerajaan. Ahli majlis ini seramai tujuh orang ahli rasmi dan empat orang ahli tidak rasmi yang dilantik oleh gabenor. Ahli tidak rasmi mewakili para peladang di Pantai Barat dan Pantai Timur, para peniaga Eropah, serta para peladang Cina. Pada mulanya peribumi serta orang Asia selain orang Cina diwakili oleh orang Cina. Keadaan ini kurang disenangi, lalu majlis diletakkan di bawah penyeliaan gabenor serta ahli rasmi majlis. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DAKWAH | Dakwah, ajakan, seruan, panggilan dan undangan kepada sesuatu. Dalam hal ini, ajakan, seruan, panggilan dan undangan itu merujuk seruan Allah SWT dan Rasul-Nya kepada sekalian insan. | AGAMA | Konsep |
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH | MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM | ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM, undang-undang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuat kuasa di setiap negeri di Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Di kedua-dua wilayah ini, undang-undang ini dikenal sebagai Akta Pentadbiran Hukum Islam kerana diluluskan oleh Parlimen. | BUDAYA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
ANGAS, GEORGE FIFE | Angas, George Fife (1789–1879), dermawan dan salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan South Australian Banking Company pada tahun 1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli Majlis Undangan sehingga tahun 1866. | UMUM | |
SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
PIJNAPPEL, J. | PIJNAPPEL, J. ( ? - ? ), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Pijnappel banyak menyumbangkan karya tentang bahasa Melayu. Kebanyakan karya yang dihasilkan ditulis dalam bahasa Belanda. Setelah menerima Ijazah Kedoktoran, Pijnappel banyak menerima undangan untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerjanya yang berjudul “Over de Wortel in de Maleisch Taal” telah dibentangkan di Polynesienne of the Oriental Congress di Leiden pada bulan September 1883. | BAHASA | Tokoh |
AKTA PILIHANRAYA 1958 | Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958 untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PULAU NORFOLK | Pulau Norfolk ialah sebuah wilayah Australia di selatan Lautan Pasifik. Ia terletak lebih 1600 kilometer ke timur laut Sydney dan lebih 1000 kilometer ke barat laut Auckland, New Zealand. Wilayah ini terdiri daripada pulau utama – Pulau Norfolk – dan dua buah pulau kecil yang tidak didiami – Pulau Philip dan Pulau Nepean. Ia mempunyai seorang pentadbir yang dilantik oleh gabenor jeneral Australia. Pentadbir ini bertanggungjawab kepada kerajaan Australia melalui Jabatan Wilayah di Canberra. Dewan Undangan Pulau Norfolk berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkaitan dengan pelbagai perkara. Tiada cukai pendapatan di Pulau Norfolk, tetapi terdapat levi kecil bagi menampung kos kerja raya. | UMUM | |