Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung: sekalian ~ yg terbang pun habis menaruh sayang kasihan belas akan Raja Jawa itu; ~ angkasa burung yg terbang tinggi di angkasa; ~ dewata burung di syurga; ~ puding sj burung; lepas ~ besar sekali; mengunggas; ~ puding Mn lari (kerana ketakutan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gas] | اوڠݢس

Definisi : segala jenis burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata unggas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYAM PRAIRI

Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas

Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran

tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam

prairi besar panjangnya lebih kurang 45

sentimeter dan beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan

putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran

hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya

berwarna kuning air dengan jaluran perang

coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih

kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih

pucat daripada bulu ayam prairi besar.

UMUM 
PINTAIL

Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang.

Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan

bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain

jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail

bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon.

Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia

untuk bersarang dan kemudian kembali ke

Amerika Utara pada musim sejuk.

UMUM 
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
CORAK PUCUK REBUNG

CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu.

           

BUDAYAProses/Tindak Balas

Kembali ke atas