Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : 6. coupling device, penyambung: these ~s are the wrong size for the pipes, saiz penyambung-penyambung paip itu salah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 5. matrimony, marriage, perkahwinan: may God bless this ~, moga-moga Tuhan merestui perkahwinan ini; a fruitful ~ that produced 12 children, perkahwinan yg subur yg menghasilkan 12 orang anak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. act of joining or being joined, penyatuan: the committee recommended the ~ of the three states for trade purposes, jawatankuasa menyarankan penyatuan tiga negeri itu utk tujuan perdagangan; a ~ between the states may give the country more economic power, penyatuan antara negeri-negeri itu memberi negara tersebut lebih kuasa ekonomi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. (used in the name of some countries) kesatuan: the U~ of Soviet Socialist Republics, Kesatuan Republik Sosialis Soviet; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. (used in the name of some clubs and societies) persatuan: the Students’ U~, Persatuan Pelajar; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. trade union, kesatuan sekerja: talks between the management and the ~, rundingan antara pihak pengurusan dan kesatuan sekerja; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata union


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTERNATIONAL TELECOMMUNICATION UNION (ITU) UMUM 
ACT OF UNION

Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan

parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen

United Kingdom di Westminster, London. Akta

pertama berhubung dengan Parlimen Scotland

dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua

berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada

tahun 1801.

UMUM 
PERJANJIAN MALAYAN UNION

PERJANJIAN  MALAYAN UNION (1946), perjanjian yang ditandatangani antara wakil kerajaan British dengan raja-raja Melayu.  Perjanjian ini telah diluluskan oleh Parlimen Britain dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
MALAYAN UNION

MALAYAN UNION, kesatuan negeri-negeri Melayu berserta Melaka dan Pulau Pinang yang dibentuk kerajaan British pada 1 April 1945. Sebuah sistem pentadbiran dan perlembagaan baharu diperkenalkan menggantikan sistem pentadbiran sebelum perang. Idea menyatukan negeri-negeri Melayu telah lama dikemukakan, tetapi tidak dapat dilaksanakan pada masa lalu kerana tidak mendapat sokongan daripada raja-raja Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KESATUAN EROPAH BARAT

Kesatuan Eropah Barat (Western European

Union – WEU) ialah perikatan pertahanan yang

merangkumi sebahagian besar anggota Eropah

Barat dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO). NATO ialah perikatan angkatan bersenjata

yang utama di negara-negara Barat.

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
POMPIDOU, GEORGES JEAN RAYMOND

Pompidou, Georges Jean Raymond (1911–

1974) ialah presiden Perancis dari tahun 1969 hingga

tahun 1974. Dia telah dipilih menjadi presiden

selepas peletakan jawatan Presiden Charles de

Gaulle. Pompidou ialah ahli Union of Democrats for

the Republic, sebuah parti politik yang menyokong

de Gaulle.

UMUM 
MUGABE, ROBERT GABRIEL

Mugabe, Robert Gabriel (1924– ), menjadi

ketua kerajaan Zimbabwe (dahulunya Rhodesia)

pada tahun 1980. Dia mengetuai parti politik

terbesar di negara tersebut iaitu Barisan Kesatuan

Patriot Kebangsaan Afrika, Zimbabwe (Zimbabwe

African National Union-Patriotic Front (ZANU–PF)).

Pada akhir tahun 1970-an, Mugabe membantu dan

memimpin puak nasionalis kulit hitam berjuang

untuk menamatkan

pemerintahan minoriti

orang kulit putih. Hampir

keseluruhan penduduk

Zimbabwe adalah orang

kulit hitam, tetapi orang

kulit putih menguasai

kerajaan dari tahun 1890

hingga tahun 1979. Lihat

Zimbabwe (Sejarah).

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN

PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.  Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit.  Dengan itu, terhapuslah konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.  Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
12

Kembali ke atas