MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
MUWAHHIDUN, KERAJAAN | Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121 M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. | UMUM | |
NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
ANUGERAH LAURA INGALLS WILDER | Anugerah Laura Ingalls Wilder ialah anugerah kesusasteraan Amerika, yang diberikan kepada mana-mana pengarang atau ilustrator, yang diterbitkan di Amerika Syarikat, yang telah memberi “sumbangan yang lumayan dan berkekalan” kepada kesusasteraan kanak-kanak. Association for Library Service to Children (Persatuan Perkhidmatan Perpustakaan untuk Kanak- kanak), satu cabang Persatuan Perpustakaan Amerika memilih pemenangnya. Anugerah ini telah diadakan pada tahun 1954 untuk memperingati Laura Ingalls Wilder, seorang pengarang Amerika yang terkenal dengan siri ‘Little House’nya. Anugerah berupa sebuah pingat gangsa itu menggambarkan Wilder sebagai seorang kanak- kanak yang sedang memegang anak patung. Anugerah ini diberikan setiap lima tahun dari tahun 1960 hingga 1980. Sejak tahun 1980, anugerah tersebut diberikan setiap tiga tahun. | UMUM | |
SURAH LUQMAN | Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat. Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al- Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud: “... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T...”. (Surah al-Luqman 31:6) | UMUM | |
SA‘D IBN MU‘AZ | Sa‘d ibn Mu‘az ( ? –5 H / ? –626 M), antara sahabat Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah. Nama penuhnya Sa‘d ibn Mu’az al-Nu‘man. Dia telah diislamkan oleh Mus‘ab ibn ‘Umayr r.a. Keimanan terdetik dalam hati Sa‘d ibn Mu‘az untuk beriman setelah dia mendengar ayat suci al-Qur’an. Lantas dia menemui kaumnya dan berkata kepada mereka: “Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku adalah haram sehingga mereka beriman dengan Allah dan rasul-Nya”. Sesiapa yang mendengar dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam. | UMUM | |
TAKAT BEKU | Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa, misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C. Takat beku bahan tulen serupa dengan takat lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal bahan tersebut berada dalam keseimbangan dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan untuk membekukannya, dikenali sebagai haba pelakuran. | UMUM | |
ARIANISME | Arianisme ialah pandangan teologi Kristian awal yang diajarkan oleh Arius, paderi di Iskandariah, Mesir. Kira-kira pada tahun 318 M., Arius dan pengikutnya menolak doktrin bahawa ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak dan Roh Kudus – adalah sama. Arius menafikan bahawa Jesus Christ sebagai Anak adalah benar-benar tidak pernah berbuat salah. Arius mengajar bahawa Anak dicipta oleh Tuhan sebagai Bapa dan lebih rendah daripada-Nya. Mengikut Arius, Jesus tidak kekal tetapi seorang yang mulia yang dicipta oleh Tuhan untuk menebus dosa manusia. Arius percaya bahawa Bapa dan Anak lebih mulia daripada Roh Kudus. | UMUM | |
AKHIRAT | Akhirat, hari semua manusia dibangkitkan untuk menghadap Allah SWT. Konsep akhirat memperlihatkan kekuasaan Allah SWT Yang Maha Agung ke atas sekalian hamba dan makhluk-Nya di atas muka bumi ini. | AGAMA | Konsep |