ALBERS, JOSEF | Albers, Josef (1888–1976) ialah pelukis dan guru Jerman. Albers menumpukan perhatian tentang cara warna dibuat untuk menunjukkan hubungannya dengan gambar. Untuk beberapa tahun, dia memberi tumpuan pada satu bentuk sahaja, iaitu segi empat sama. Dia menamakan lukisan segi empat samanya, Homage to the Square . | UMUM | |
TERAPI PERTUTURAN | Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak dan orang dewasa yang pertuturannya mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar. Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru. Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan bahasa, atau klinisian pertuturan. | UMUM | |
TERAPI PEKERJAAN | Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental. Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit, masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan menumpukan perhatian, terutamanya dalam membantu pesakit membina kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus. | UMUM | |
NORRIS, FRANK | Norris, Frank (1870–1902), novelis dan wartawan Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi untuk tujuan moral. “Novel dengan tujuan,” jelasnya, “menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan kepiluan orang lain” dan “membuktikan bahawa ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak memang wujud”. | UMUM | |
NAGA TERBANG | Naga terbang ialah nama yang biasanya diberi kepada cicak terbang di tenggara Asia dan Hindia Timur. Ia membesar sepanjang kira-kira 20 sentimeter. Ia sebenarnya tidak terbang, tetapi meluncur dengan menggunakan lipatan kulit yang mengembang pada rusuknya. Naga terbang tinggal di atas pokok dan meluncur dari pokok ke pokok untuk mencari makanan atau untuk mengelakkan musuhnya. Semasa berehat, ia melipatkan “sayap” pada sisi badannya. Pada musim mengawan, serangga jantan mengembangkan “sayap” yang berwarna terang untuk menarik perhatian serangga betina. | UMUM | |
PERANG ITALI–ETHIOPIA | Perang Itali–Ethiopia , pertempuran di antara Itali dan Empayar Ethiopia Afrika (dahulunya Abyssinia ) dari tahun 1935 hingga tahun 1936. Benito Mussolini memulakan perang tersebut kerana mahu mengalih perhatian rakyat Itali daripada masalah dalam negara. Dia juga berharap untuk mendapatkan sumber bahan mentah untuk industri di Itali. | UMUM | |
MENDANDAN RAMBUT | Mendandan rambut ialah seni menggunting, mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara berbanding hampir-hampir kesemua perubahan fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk, atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi gaya rambut yang menarik dan mudah dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan kehendak seseorang. | UMUM | |
MINGGU BAHASA | MINGGU BAHASA, gerakan untuk menimbulkan kesedaran rakyat terhadap bahasa kebangsaan negeri ini serta menggalakkan penggunaannya. Pada 7 Januari 1958, suatu pengumuman telah disiarkan melalui Radio Malaysia (kini RTM) untuk mengadakan gerakan ‘Minggu Bahasa’ yang akan dijalankan serentak di seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Tujuan diadakan minggu tersebut adalah untuk meluaskan lagi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk menarik perhatian orang ramai, semua kaum dan bangsa dalam negeri ini kepada bahasa kebangsaannya dan untuk meninggikan semangat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. | BAHASA | Kegiatan |
ZURINAH HASSAN | ZURINAH HASSAN (1949- ), penyair. Dia lahir pada 13 Jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah. Dia pernah menggunakan nama pena Haniruz. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sungai Petani. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris hingga lulus Malaysia Certificate of Education (MCE). Sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (1971-1974), dia mendapat pendidikan menengah atas di Sekolah menengah Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah hingga lulus Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1970. Dia pernah bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia. Pada bulan Jun 1996, dia bersara daripada jawatannya untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. | SASTERA | Tokoh |
RUJUK SILANG | Rujuk silang ialah kaedah yang digunakan dalam buku, indeks, katalog perpustakaan, dan sistem memfail untuk menarik perhatian kepada maklumat tambahan tentang sesuatu perkara dalam bahagian lain buku atau i | UMUM | Umum |