TOLAK BALA | TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri. | BUDAYA | Adat |
SAIFUL BAHRI | SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia. Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat. Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO. Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik. Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta. Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960. Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio. | BUDAYA | Tokoh |