Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.pah] | اوڤه

Definisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu; bayaran sbg membalas jasa: Ia diberi ~ tiga ringgit kerana mencuci kereta. berupah mendapat upah kerana melakukan sesuatu: Kalau ~, barulah ia mahu bekerja. mengupah memberikan upah kpd seseorang supaya melakukan sesuatu: Bapanya ~ Hassan mengecat dinding itu. mengupahkan memberikan sesuatu kerja kpd seseorang dgn membayar upah: Kerja-kerja yg berat diupahkan kpd pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upah (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;,
Kata Terbitan : mengupah, upahan,

Puisi
 

Naik kuda bertali sabut,
     Sampai ke Jawa upah ke bendang;
Dulu muda semua berebut,
     Sudah tua siapa tak pandang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Upah bidan pun tak terbayar.

Bermaksud :

Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKAT MASUK KERJA

Sekat masuk kerja berlaku apabila seseorang

majikan menutup kilangnya untuk mengelakkan

pekerja daripada bekerja. Majikan menggunakan

senjata ekonomi dengan menghentikan kerja dan

tidak membayar upah supaya pekerja menerima

syarat kerja atau upah tertentu. Tindakan ini,

seperti juga mogok, merupakan senjata ekonomi

yang digunakan dalam pertikaian buruh. Namun

begitu, sekat masuk kerja berbeza daripada

mogok kerana mogok ialah pemberhentian kerja

yang dimulakan oleh pekerja untuk memaksa

majikan supaya memenuhi tuntutan tertentu.

UMUM 
PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusia

yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi

menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja

untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik

yang disebut tuan atau puan membekalkan

makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.

Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan

diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan

pada zaman purba mencapai kemuncaknya di

Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman

Pertengahan, amalan perhambaan mengalami

kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan

1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah

telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan

secara pesat. Kemerosotan perhambaan

disebabkan oleh perubahan moral terhadap

perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan

adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir

setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di

beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika

Selatan.

UMUM 
ASKAR UPAHAN

Askar upahan ialah seseorang yang

berkhidmat dalam angkatan tentera negara luar

untuk mendapatkan wang. Kebanyakan lelaki atau

wanita yang menjadi anggota askar upahan ini

melakukannya kerana upah ataupun kerana

mereka sukakan peperangan dan pengembaraan.

UMUM 
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya
SOKE

Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah

mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan

Denmark di tangan England pada tahun 800-an

M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala

terdiri daripada beberapa kampung, di mana

pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil

kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan

mereka. Soke Peterborough yang kini di

Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi

Bukan bentuk soke pada zaman Denmark.

UMUM 
BURUH KANAK-KANAK

Buruh kanak-kanak ialah penggajian kanak-kanak

sebagai pekerja upah. Ia menjadi masalah

sosial yang serius semasa Revolusi Perindustrian

di Great Britain pada tahun 1700-an, dan masalah

ini merebak ke negara-negara lain apabila negara

itu menjadi negara perindustrian.

UMUM 
KIBBUTZ

Kibbutz ialah suatu bentuk komuniti Yahudi

di Israel yang anggotanya tidak memiliki harta

peribadi. Kesemua harta menjadi milik kibbutz

dan ia memenuhi segala keperluan anggota serta

keluarganya. Kesemua anggotanya bekerja untuk

kibbutz dan menerima barangan dan perkhidmatan

sebagai ganti upah. Barangan dan perkhidmatan

itu termasuk makanan, perumahan, pendidikan,

penjagaan kanak-kanak dan rawatan perubatan.

Kibbutz kadang-kadang dikenali sebagai komuniti

kolektif.

UMUM 

Kembali ke atas