Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.pa.han] | اوڤهن

Definisi : 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
upah (kata nama)
Bersinonim dengan bayaran, gaji, pendapatan, pencarian, nafkah, ujrah, ganjaran, pemberian, pampasan, imbalan, duit kopi, pencen, musara;,
Kata Terbitan : mengupah, upahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASKAR UPAHAN

Askar upahan ialah seseorang yang

berkhidmat dalam angkatan tentera negara luar

untuk mendapatkan wang. Kebanyakan lelaki atau

wanita yang menjadi anggota askar upahan ini

melakukannya kerana upah ataupun kerana

mereka sukakan peperangan dan pengembaraan.

UMUM 
PERANG ROKAM

PERANG ROKAM, pertempuran yang berlaku antara askar upahan British dengan penduduk Kampung Serkam, Melaka.  Perang ini berlaku disebabkan pengenalan cukai oleh pihak British di Kampung Serkam.  Nama Rokam dipercayai mengambil sempena nama Kampung Serkam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAHSULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SILANG, DIEGO

Silang, Diego (1730?–1763) ialah patriot Filipina

yang menjadi wira di kalangan penduduk provinsi

Ilocos di utara Pulau Luzon, Filipina apabila

mengetuai pemberontakan pemerintahan Sepanyol

pada tahun 1762. Pada tahun yang sama, British

menawan Manila daripada Sepanyol. Silang

bersekutu dengan British dan mula mengumpul

penduduk Ilocos untuk mengisytiharkan kebebasan

provinsi Ilocos dari Sepanyol. Komander British

melantik Silang sebagai Gabenor Ilocos dan berjanji

untuk menghantar senjata kepadanya. Tetapi bantuan

British tidak pernah sampai. Silang mempertahankan

wilayah itu daripada pihak Sepanyol selama tiga

bulan. Pada bulan Mei 1763, dia dibunuh oleh

pembunuh upahan Sepanyol. Balu Silang, Gabriela

meneruskan pemberontakan. Tenteranya dikalahkan

dalam pertempuran yang berlaku berhampiran

pekan Vigan. Dia dan 100 orang pengikutnya

dihukum gantung.

UMUM 

Kembali ke atas