Serat , juga dikenali sebagai serabut atau gentian, ialah lembar bak rambut bagi sesuatu bahan yang benar-benar panjang berbanding dengan lebarnya. Serat sekurang-kurangnya 100 kali lebih panjang daripada lebarnya. Serat adalah fleksibel dan boleh dipintal menjadi yan dan dibuat kain. Serat ialah unit nampak yang paling kecil daripada sebarang keluaran tekstil. Pembuat menggunakan serat dalam pakaian atau dalam perhiasan rumah seperti permaidani, langsir, dan upholsteri. Mereka juga menggunakan serat dalam banyak keluaran industri, termasuk payung terjun (paracut), hos bomba, bahan penebat, dan pakaian angkasa. Dalam perubatan, serat digunakan untuk membuat arteri dan tendon artifisial. |