Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.rat.u.rat] | اورت٢

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sagu paya, bunga petaya, Dalbergia sterco-racea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata urat-urat

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menghendaki urat lesung.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOKOTILEDON

Monokotiledon ialah sejenis tumbuhan

berbunga yang mempunyai satu kotiledon (struktur

daun di dalam biji). Kebanyakan daun

monokotiledon mempunyai urat yang selari.

Bahagian bunganya biasanya tumbuh dalam

gandaan tiga. Lebih kurang 40 000 spesies

tumbuhan adalah monokotiledon, termasuk

pisang, jagung dan nanas.

Lihat juga Kotiledon.

UMUM 
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas