MONOKOTILEDON | Monokotiledon ialah sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai satu kotiledon (struktur daun di dalam biji). Kebanyakan daun monokotiledon mempunyai urat yang selari. Bahagian bunganya biasanya tumbuh dalam gandaan tiga. Lebih kurang 40 000 spesies tumbuhan adalah monokotiledon, termasuk pisang, jagung dan nanas. Lihat juga Kotiledon. | UMUM | |
SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |