Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ri] | اوري

Definisi : tembuni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ri] | اوري

Definisi : ; menguri berpusing ligat (bkn gasing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ri] | اوري

Definisi : organ dlm rahim yg membekalkan makanan dan oksigen pd bayi dlm kandungan, dan keluar sesudah bayi dilahirkan; tembuni. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[u.ri] | اوري

Definisi : ; menguri berpusing ligat (bkn gasing). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata uri

Peribahasa

Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.

Bermaksud :

Hendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM 
TELL, WILLIAM

Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia

mewakili semangat gerakan kemerdekaan

Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun

1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang

paling mahir di seluruh canton (negeri) Uri. Seorang

bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua

rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya

di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang

tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap.

Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia

dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas

kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan

berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti

membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell

ditangkap dan dirantai.

UMUM 
TASIK LUCERNE

Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa

pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi

legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia

terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik

Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman

untuk tasik ini ialah Vierwaldstätter See , atau Tasik

Empat Kanton Hutan . Empat buah kanton (negeri)

yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan

Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne

meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia

berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya

39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer.

UMUM 
JEMBALANG

JEMBALANG, hantu tanah. Di setengah-setengah negeri, jembalang dikenal sebagai jemalang atau jumalang. Jembalang dipercayai berpuaka, berasal daripada uri, termbuni ataupun tentuban dan tinggal di dalam gaung, busut, kayu atau batu.

BUDAYAMakhluk

Kembali ke atas