TALI PUSAT | Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang menghubungkan janin (bayi yang belum dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri membawa darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa darah yang mengandungi oksigen dan bahan makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen bayi, dengan berhati-hati. | UMUM | |
TELL, WILLIAM | Tell, William ialah wira legenda Switzerland. Dia mewakili semangat gerakan kemerdekaan Switzerland dari Habsburgs Austria pada tahun 1300-an. Mengikut legenda, Tell ialah pemanah yang paling mahir di seluruh <i> canton i> (negeri) Uri. Seorang bailif Austria bernama Gessler mengarahkan semua rakyat Switzerland memanah topi yang diletakkannya di atas tiang di dataran utama Altdorf. Tell yang tidak mahu memanahnya kemudiannya ditangkap. Gessler berjanji akan membebaskannya jika dia dapat memanah buah epal yang diletakkan di atas kepala anaknya. Tell memanah epal tersebut dan berkata andainya anaknya tercedera, dia pasti membunuh Gessler. Gessler mengarahkan Tell ditangkap dan dirantai. | UMUM | |
TASIK LUCERNE | Tasik Lucerne, menjadi latar beberapa pengembaraan patriot Swtizerland yang menjadi legenda, William Tell (lihat Tell, William ). Ia terletak di tengah Switzerland. Untuk lokasi Tasik Lucerne, lihat Switzerland (peta). Nama Jerman untuk tasik ini ialah <i> Vierwaldstätter See i>, atau <i> Tasik i> <i> Empat Kanton Hutan i>. Empat buah <i> kanton i>(negeri) yang berhutan – Lucerne, Schwyz, Uri dan Unterwalden – mengelilinginya. Tasik Lucerne meliputi kawasan seluas 114 kilometer persegi. Ia berbentuk seakan-akan salib. Tasik ini panjangnya 39 kilometer dan lebarnya tiga kilometer. | UMUM | |
JEMBALANG | JEMBALANG, hantu tanah. Di setengah-setengah negeri, jembalang dikenal sebagai jemalang atau jumalang. Jembalang dipercayai berpuaka, berasal daripada uri, termbuni ataupun tentuban dan tinggal di dalam gaung, busut, kayu atau batu. | BUDAYA | Makhluk |