ZAMAN USIA KAPUR | Zaman Usia Kapur ialah tempoh dalam skala masa geologi sejarah bumi. Ahli sains percaya bahawa Zaman Usia Kapur bermula 138 juta tahun dahulu. | UMUM | |
DIET KUMPULAN LANJUT USIA | Diet kumpulan lanjut usia ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan tua atau lanjut usia. | PEMAKANAN | Kaedah |
PENTARIKHAN RADIOKARBON | Kaedah menentukan usia bahan yang mengandungi karbon berasaskan kadar pereputan karbon C-14 dalam bahan tersebut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
DAMROSCH | Damrosch ialah nama keluarga bagi seorang bapa dan anaknya yang menghabiskan usia mereka untuk memperkenalkan orang Amerika kepada muzik yang sebenar. Mereka berasal daripada keluarga yang berbakat dalam muzik Jerman. | UMUM | |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
ELIZABETH II | Elizabeth II (1926– ) ialah ratu United Kingdom dan ketua Negara-negara Komanwel. Baginda menjadi ratu pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, George VI, pada 6 Februari 1952. | UMUM | |
EDWARD V | Edward V (1470–1483), menggantikan ayahandanya, Edward IV, sebagai raja England pada bulan April 1483 pada usia 12 tahun. | UMUM | |
SARGENT, JOHN SINGER | Sargent, John Singer (1856–1925), pelukis Amerika yang membuat karya-karya utamanya di Eropah. Dia menghabiskan sebahagian besar usia dewasanya di England. Kini, hasil karyanya dipamerkan di Tate Gallery, London, sebagai contoh lukisan England pada akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
MENOPAUS | Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan wanita mengalami tempoh haid yang terakhir antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh melahirkan anak semula jadi pada wanita. Menopaus sering dikenali sebagai perubahan hidup. | UMUM | |
DES | DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES ialah singkatan nama kimia hormon tersebut, diethylstilbestrol. | UMUM | |