USMAN AWANG, DATO | Sasterawan Neagra. | SASTERA | Tokoh |
USMAN AWANG, Dato' | USMAN AWANG, Dato’ (1929 - ), penyair, penulis dan Sasterawan Negara yang ketiga. Dia lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Nama penuhnya ialah Usman bin Awang. Dia juga terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant. Selain itu dia pernah menggunakan nama pena seperti Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Mua, Rose Murni, Setiabudi, U.A. dan Zaini. Sebagai penyair, dia terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar Negara melalui karya-karya puisinya yang diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Rusia, Cina, Tamil, Itali, Perancis, Thai, Jepun, Korea, Danish dan Czechoslovak. | SASTERA | Tokoh |
SYARIP USMAN | SYARIP USMAN ( ? - ?), penentang penjajahan British di Sabah. Syarip usman ialah seorang pengembara berketurunan Arab. Beliau menjadi pemimpin kumpulan pengembara di Teluk marudu, Sabah. Walaupun berpangkalan di Teluk Marudu, tetapi beliau juga amat berpengaruh di Labuan, Balambangan dan Brunei. Beliau dan pengikutnya menjelajahi Asia Tenggara. Pedagang British, Belanda dan Sepanyol yang berdagang di perairan Borneo memanggil Syarip Usman dan pengikutnya sebagai lanun. Pengaruh dan kuasa Syarip Usman bertambah apabila beliau berkahwin dengan adik Sultan Muda, Sulu. Syarip Usman juga mendapat bantuan dan galakan daripada penduduk tempatan, antaranya Pangeran Usop, bapa saudara Sultan Brunei. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZUBER USMAN | ZUBER USMAN (1916-1976), penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 Disember 1916 di Padang. Dia mendapat pendidikan di Thawalib School di Padang (1933), Islamic College di Padang Panjang (1937), Taman Dewasa Raya Taman Siswa Jakarta, Fakultas Sastera, Universitas Nasional (1961) dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Indonesia (1962). Zuber pernah menjadi guru Sekolah Ibtidaiyah Muhammadiyah Alai Padang (1934-1937); Sekolah Tsanawiyah (1937-1938); HIS Muhammadiyah, Jakarta (1938-1939); Sekolah Tsanawiyah Muhammadiyah, Sengkong (1939-1941); Taman Siswa, Jakarta (1941-1948); SMA I Budi Utomo Jakarta (1956-1960); pensyarah IKIP Jakarta dan IKIP Muhammadiyah (1962-1976). Dia turut menjadi pemimpin umum majalah Raya (1935-1937) dan redaktur Balai Pustaka (1946-1949). | SASTERA | Tokoh |
OBASIAH HAJI USMAN | OBASIAH HAJI USMAN (1959 - ), penulis. Dia lahir pada 30 Disember 1959 di Kudat, Sabah. Obasiah juga dikenal dengan nama Arnida H.O. Dia mendapat pendidik awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Dusun Lambak sebelum meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St. Cecilia, Sandakan hingga tamat Tingkatan Lima dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
PENERBIT GUNUNG AGUNG | PENERBIT GUNUNG AGUNG, penerbit buku di Indonesia. Penerbit Gunung Agung ditubuhkan di Jakarta pada 3 Ogos 1953 oleh Tjio Wie Tay (kemudian bernama Haji Masagung), Darsjaf Rachman, H.B. Jassin, Usman Effendi dan Zuber Usman. Alamat terakhirnya ialah Jalan Kwitang No. 6, Jakarta 10240. Direktur penerbit ini ialah Haji Masagung (1953-1990) | SASTERA | Penerbitan |
TAMU DI BUKIT KENNY | TAMU DI BUKIT KENNY, drama karya Usman Awang, yang dipentaskan pada tahun 1967. Drama ini telah diterbitkan bersama-sama tiga lagi drama karya Usman Awang iaitu “Malam kemerdekaan”, “Matinya Seorang Pahlawan (Jebat)” dan “Kiambang Bertaut” dengan judul Tamu Di Bukit Kenny oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada tahun 1968. Drama ini ditulis khususnya untuk dipentaskan sempena menyambut tahun ke-10, DBP berpindah ke Kuala Lumpur. Ia kemudiannya dipentaskan sekali lagi pada bulan April 1968 (sempena peletakan batu asas bangunan tambahan DBP) di bawah arahan Baharuddin Zainal. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MATINYA SEORANG PAHLAWAN | MATINYA SEORANG PAHLAWAN, sebuah drama karya Usman Awang dalam antologinya berjudul Tamu di Bukit Kenny yang terbit pada tahun 1968. Drama ini juga diterbitkan dalam antologi berjudul Drama-Drama Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1988. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SUARA TUJUH | SUARA TUJUH, antologi puisi. Antologi ini mengandungi 49 buah puisi karya tujuh orang penyair iaitu Usman Awang, Kassim Ahmad, Baha Zain, Kemala, Mokhtar Yassin, Sri Ana (Salleh Haji Yusof) dan Ma’arof Sa’ad. Suara Tujuh disusun oleh Usman Awang bersama-sama Ma’arof Sa’ad dan diterbitkan oleh Syarikat Wijaya, Johor Bahru pada tahun 1969. setiap penyair menyumbang tujuh buah puisi yang ditulis antara tahun 1958 hingga tahun 1969. Antologi ini diberi kata pengantar oleh Syed Husin Ali. | SASTERA | Karya |
SALAM BENUA | SALAM BENUA, kumpulan puisi dwibahasa Sasterawan Negara Usman Awang. Kumpulan puisi ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Greetings to the Continent. Salam Benua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1982. Kata pengantar ditulis oleh Rahman Shaari. Salam Benua merupakan kumpulan puisi Usman Awang yang keempat setelah Gelombang (1961), Duri dan Ali (1966) dan Kaki langit (1971). | SASTERA | Karya |