Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[us.taz] | استاذ

Definisi : Ar 1. tuan; 2. guru agama (lelaki). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[us.taz] | استاذ

Definisi : 1 guru agama (lelaki). 2 tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ustaz


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARUL ARQAM

DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH

MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Madrasah ini bermula dengan sekolah al-Qur’an yang ditubuhkan pada 1916, di Acheen Street, Pulau Pinang. Kemudian madrasah ini dipindahkan ke Kampung Jawa Lama, di bawah bimbingan Ustaz Syed Abdul Rahman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF

MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MD. SALLEH MOHAMED HASAN

MD. SALLEH MOHAMED HASAN (1926-       ), penulis khat.  Dia lahir pada 29 April 1926 di Kampung Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.  Md. Salleh lebih dikenali dengan nama Ustaz Embab.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Paya Bunga (1933-1938).  Kemudian dia menyambung pelajaran di Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-‘Arabiyah, Kuala Terengganu (1939-1946).

BUDAYATokoh
MANA SIKANA

MANA SIKANA (1945 -     ), penulis. Dia lahir pada 9 Oktober 1945 di Bagan Serai, Perak. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Napiah @ Hanafiah @ Mohd. Hanafiah. Dia juga menggunakan nama pena Abd. Rahman M.S., Anakis Anam, Reihman M.S. dan Ustaz Abd. Rahman al-Mana @ al-Senawari.

SASTERATokoh
YAHYA M.S.YAHYA M.S. (1939-    ) penyair dan penulis Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam.  Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato’  Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim.  Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry.    Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab.  Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963).  Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab.SASTERATokoh
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, persatuan seni mempertahankan diri.  Silat cekak juga dikenal dengan nama Silat Papan Sekeping.  Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ditubuhkan pada 19 Ogos 1971.  pemimpin pertama persatuan ini ialah Ustaz Hanafi Ahmad.  Setelah kematiannya pada 13 Ogos 1986, persatuan ini dipimpin oleh Tuan Haji Ishak Itam.

BUDAYAPersatuan
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
BADARUDDIN H.O.

BADARUDDIN H.O. (1942 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 23 September 1942 di Kampung Burung Pingai Air, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman. Setelah dia dikurniai gelaran oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 6 November 1984, dia dikenal sebagai Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman (salah seorang Menteri Agama, Brunei). Dia menerima pendidikan asas di Brunei. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Badaruddin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab al-Juneid, Singapura. Setelah itu dia meneruskan pelajaran di Kolej Islam Kelang. Dari tahun 1968 hingga tahun 1971, dia ke Al-Jami’ah al-Azhar, Mesir dan lulus dengan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Siasah Perundangan Islam.

SASTERAKonsep
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI

PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas