CERITA ASAL USUL | CERITA ASAL USUL, sastera lisan Melayu. Cerita asal usul ini menerangkan bagaimana sesuatu benda dan perkara itu berlaku atau terjadi. Ini termasuklah asal mula kejadian sesuatu makhluk, seperti kejadian manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan, cakerawala; dan bagaimana sesuatu fenomena atau bencana alam, seperti hujan, guruh, petir dan gempa bumi itu berlaku. Bahan cerita asal usul ini terdiri daripada benda dan perkara yang berkait rapat dengan manusia dan persekitarannya. Sebuah bukit yang tunggal, atau sekelompok batu yang berbentuk seakan-akan rupa manusia, atau sebuah tasik seperti tapak kaki di persekitaran alam Melayu, melahirkan cerita yang menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. Batu berbentuk manusia dikatakan berasal dari anak yang derhaka kepada ibunya dan tasik berbentuk tapak kaki berasal daripada bekas tapak kaki gergasi. 1"> | SASTERA | Konsep |
SUNGAI SARAWAK | Kapsyen1"> :1"> Sungai Sawarak SUNGAI SARAWAK, sungai yang terletak dalam Bahagian Kuching, Sarawak. Sungai ini terletak di barat laut pulau Borneo dan menghadap Laut Cina Selatan. Asal usul nama sungai ini dipercayai daripada nama sejenis galian (bijih) yang disebut ‘Serawak’. Galian ini mengandungi belerang dan antimoni yang dilombong di daerah Bau, di lembah hulu Sungai Sarawak. Cawangan utama sungai ini ialah Sungai Sarawak Kiri dan Sungai Sarawak Kanan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
CORAK PUCUK REBUNG | CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu. 1"> | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |