Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan sbg najis; perut tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usus besar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLON

Kolon ialah sebahagian daripada usus besar.

Tiub berotot ini membawa kimus (makanan yang

terhadam sebahagiannya) dari sekum (bahagian

pertama usus besar) ke rektum (bahagian terakhir).

UMUM 
DISENTERI

Disenteri ialah penyakit yang melibatkan

keradangan lapisan usus besar. Keradangan ini,

yang disebabkan oleh organisma mikroskopik,

menyebabkan sakit abdomen dan diaren.

UMUM 
DIVERTIKULITIS

Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon

(usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit

di bahagian bawah kiri abdomen dan demam.

Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu

gangguan yang merebak dalam kalangan orang

pertengahan umur dan orang tua di negara maju.

UMUM 
APENDIKS

Apendiks dalam anatomi ialah struktur yang

melekat pada bahagian yang lebih besar atau lebih

penting. Istilah ini biasanya merujuk kepada

apendiks vermiform (bak cacing), tiub halus dan

tertutup yang menganjur dari usus buntu , bahagian

pertama usus besar.

UMUM 
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM 
SEMBELITSembelit ialah keadaan apabila usus tidak

membuang bahan sisa semudah biasa.

Orang yang sembelit tidak dapat membuang air

besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit

atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin

berasa pening kepala dan sakit tulang belakang.

Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang

lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak

tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila

seseorang sering mengambil julap atau tidak

mengambil jenis makanan tertentu secukupnya,

terutama makanan yang mengandungi serat.

Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu

atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang

menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil.

UMUM 
KOLITIS

Kolitis ialah suatu penyakit yang melibatkan

inflamasi kolon atau bahagian-bahagian lain usus

besar.

UMUM 

Kembali ke atas