SANG NILA UTAMA | SANG NILA UTAMA ( – 1348), raja Melayu yang pertama bagi kerajaan Temasik (kini Singapura). Baginda ialah putera sulung Sang Sapurba. Menurut Sejarah Melayu, Sang Nila Utama dikata sedang bermain-main di Tanjung Bemban, baginda ternampak pantai Temasik. Dia membawa rombongannya ke perairan Temasik, tetapi mereka hampir karam semasa menuju ke perairan Teluk Belanga, di selatan Temasik. Setelah membuangkan mahkota baginda ke laut, barulah ribut itu reda. Ketika Sang Nila Utama mendarat di pulau itu bersama-sama rombongannya, baginda ternampak seekor binatang yang tangkas berlalu di hadapan mereka. Baginda diberitahu bahawa binatang itu ialah seekor singa, lantas baginda menamakan pulau itu ‘Singapura’ (kota singa). Setelah itu, Sang Nila Utama membuka kerajaan dan baginda menjadi raja yang pertama dengan memakai gelaran Sri Tri Buana. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348 | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SANG NILA UTAMA | Sang Nila Utama ( ? –1348), raja Melayu yang mula-mula membuka Singapura. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348. Baginda ialah putera kepada Sang Sapurba dengan isterinya, puteri Palembang. Baginda dikahwinkan dengan puteri Raja Bentan, Wan Seri Beni dan kemudiannya dilantik oleh Raja Bentan menjadi raja di Pulau Bentan. | UMUM | |
KOMODITI UTAMA | Komoditi utama ialah semua keluaran yang berasal dari bumi sama ada yang ditanam, tumbuh sendiri, digali atau diternak selagi komoditi itu masih dalam bentuk tidak diproses atau separuh diproses. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Sumber/Bahan Alam |
KASEIN | Kasein ialah protein utama yang diperoleh daripada susu. Ia ialah ramuan utama dalam keju. | UMUM | |
ABERDEEN | Aberdeen (pend. 201 099) ialah pusat universiti lama dan bandar utama di utara Scotland. Bagi lokasi, lihat Scotland (peta politik). Ia merupakan pusat perkhidmatan utama bagi industri minyak di Laut Utara. Ia juga merupakan pelabuhan perikanan yang utama di United Kingdom. | UMUM | |
SAN JOSE | San Jose, California, (pend. 782 248; pend. kaw. met. 1 497 577) ialah bandar perindustrian yang utama dan salah sebuah pusat pembuatan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di Lembah Santa Clara, lebih kurang 80 kilometer ke selatan San Francisco. Keluaran utama industri elektronik di sini ialah komputer dan kelengkapan komputer. Kawasan dari San José ke barat laut ke Palo Alto kadang-kadang dikenali sebagai Lembah Silikon disebabkan terdapat banyak industri komputer dan industri yang berkaitan dengan komputer. | UMUM | |
KARBOHIDRAT | Karbohidrat ialah satu daripada tiga kelas makanan utama yang diperlukan oleh tubuh. Dua lagi kelas makanan yang utama ialah lemak dan protein. | UMUM | |
KARACHI | Karachi (pend. 5 208 170) merupakan bandar raya terbesar dan pelabuhan utama Pakistan. Ia merupakan pusat komersial dan industri yang utama negara itu. | UMUM | |
PARU-PARU | Paru-paru ialah organ pernafasan utama mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas. Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia mengambil oksigen dari udara dan membebaskan karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi dengan cara yang sama. | UMUM | |
SUNGAI SHANNON | Sungai Shannon ialah jalan air utama di Republik Ireland dan sungai yang terpanjang di Kepulauan British. Ia bermula dari pergunungan Cuilcagh di barat laut Ireland dan mengalir ke barat daya sepanjang 370 kilometer ke Lautan Atlantik (lihat Ireland [peta]). Tiga tasik utama iaitu Allen, Ree dan Derg terletak di sepanjang aliran sungai. Sungai Shannon semakin melebar di Limerick, kira-kira 110 kilometer dari muara. Pasang surut air laut berlaku di bahagian ini di mana terdapat pelabuhan di Limerick dan Foynes. Sungai ini menjadi jalan air utama untuk belayar sambil bersiar-siar. | UMUM | |